Berita Macam Macam

Berita Macam Macam Dan Top News Dari Seluruh Negara.Add sya Ke Circle Anda.Translate page sdh boleh dilakukan

MENGEJUTKAN!! Pelajar Tingkatan 4 Diraba Doktor Gigi Kemaruk Seeks !!!

Tiada yang lebih mengecewakan seorang bapa apabila mendapati anak bongsu kesayangannya berusia 16 tahun dipercayai diraba oleh seorang doktor gigi ketika mendapatkan rawatan di sebuah sekolah menengah di Tawau di sini semalam.
Ekoran rasa marah dan kecewa, lelaki terbabit yang merupakan penjawat awam dan hanya mahu dikenali sebagai Ilee, 45, membawa enam pelajar termasuk anaknya yang pernah mengalami mimpi ngeri itu membuat laporan polis.
Menceritakan lebih lanjut, Ilee yang dihubungi Mingguan Malaysia berkata, dia mendapat tahu kegiatan tidak bermoral dilakukan doktor gigi itu selepas anaknya menangis teresak-esak ketika pulang ke rumah, semalam.
“Saya menanyakan kenapa dia menangis sebelum anak bongsu saya itu memaklumkan dia diraba oleh seorang doktor gigi di sekolah ketika hendak mendapatkan rawatan gigi.
“Terkejut dengan penjelasan itu, saya kemudian meminta isteri menghubungi pihak sekolah dan seterusnya membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Tawau,” katanya di sini hari ini.
Difahamkan, kegiatan tidak bermoral doktor gigi itu dikesan sejak tahun lalu lagi tetapi tiada sebarang laporan polis dibuat termasuk tindakan ke atasnya.
Lebih mengecewakan jelas Ilee, terdapat guru yang mengetahui kejadian itu selepas dilaporkan oleh pelajar tetapi gagal mengambil tindakan ke atas doktor tersebut kerana dipercayai tidak mahu menjejaskan kerjaya serta nama baik pegawai perubatan berkenaan.
“Malah, saya difahamkan laporan mengenai tingkah laku doktor gigi berkenaan juga telah dilaporkan kepada Ketua Perubatan Pergigian tetapi tiada tindakan.
Saya hairan kenapa mahu menyembunyikan perkara buruk ini kerana ia menjejaskan maruah serta mengakibatkan trauma kepada mangsa (pelajar),” katanya.
Selain itu, Ilee berharap pihak Jabatan Pendidikan negeri dan Jabatan Kesihatan (Pergigian) negeri mengambil tindakan segera ke atas doktor gigi tersebut bagi mengelak kejadian sama berulang kepada pelajar lain.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus mengesahkan mengenai kejadian itu dan memaklumkan doktor gigi terbabit yang berusia 26 tahun telah ditahan petang semalam.
Katanya, suspek ditahan reman tiga hari sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
0 Komentar untuk "MENGEJUTKAN!! Pelajar Tingkatan 4 Diraba Doktor Gigi Kemaruk Seeks !!!"

Related Posts Plugin for WordPress, ...
 
Copyright © 2014 Berita Macam Macam - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info